CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Kembali

Dah seminggu raya...
aik...dah balik kampus balik...
kejap sungguh ka...
lepas balik kg aku ngan mak gi shopping beli keperluan raya...
Tahun nih..umah aku buat kelainan sikit...
umah aku buat laksa...
tahu tak kenapa buat laksa..
coz kerana kak ipar aku...
dia kepingan bangat makan laksa...

raya tahun nih aku plan nak stay umah ja..
tapi ada kelainan sikit..
hal yang aku tak sangka..
kawan-kawan aku yang tak pernah jumpa hampir 10 tahun datang umah..
terkejut gila aku dibuatnya..
mana tak nya memang lama sangat tak pernah jumpa...
sejak aku pindah sek masa tingkatan 3 aku dah tak jumpa kawan-kawan lama..
yer lah sekarang mereka sume dah ada rancangan hidup masing-masing..
ada gak yang dah kawin...
dah ada anak..
tapi masih ramai yang solo...
hehehe..macam aku nih juga..
solo..

sebelum aku balik kampus..
hari Sabtu 26/9/2009 member aku telah buat reunion..
sume orang berkumpul di Kuala Perlis..
memang lain sangat kawan-kawan aku yg lain..
25 orang turun ptg tuh...



alhamdullah..
semoga ikatan persahabtn ini akan terus berkekalan..

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya sume..

em...rupanya dah sampai bulan Syawal..
masa kejap ja kan..
bulan Ramadhan dah nak tinggalkan kita..bru ja rasanya aku wish
kwn2 sume slmat berpuasa kan..
kan dah nak raya..
hri nih 16 Sept kuliah bnyak dah cancel..
so yang paling best dr hasrul dah consider nak batalkan kelas..
huh aku ingat dah nak kena marah ker..
yer lah sebab pandai2 gi tulis email pohon diawalkan kelas..
rupayna dr bg peluang batalkan kelas..
lega kwn2 yg lain..
mau tak nya tiket dah beli..
mahu tak mahu kelas kena ponteng lah..
insyalh esok aku akan blik kg..
wah rs mcm tak sabar ja nk balik kg..
umah aku bukan ada siapa dah..
abg ptg raya bru blk ngan isteri kesayangan dia..
kira kak ipar kesayangan aku juga la..
mahu tak sayang dah akak ipar baru sorang..
skrg baru nk merasa ada akak ipar..
sblm nih abg aku tuh la kak n abg aku..
kat situ lah aku bercerita masalah ker..
tapi kalo hal2 secret ngan mak aku lah..
tak ada feel cita ngan abg aku..
kalo stkt bincg pasal kehidupan ker, kerjaya ker
mmg blh sgt kalo ngan abg aku..
tapi thn nih abg beraya di peneng dulu..
yer la pastu baru turun perlis..
ptg tuh dia org nak jgk balik tgk umah diaorg..
so aku ngan adik aku ja dkt umah..
raya tahun nih baju aku warna merah perang..
buat baju kurung pahang ngan kain corak batik..

Tapi yang tak best sangat bila lepas raya aku nak kena hantar tugasan sejarah antabangsa..
em..
kenalah bwk blik buku ke kg..
tuh la kena lah berkorban cikit..
kan..
hidup mesti diteruskan..
so keja tetap keja..
walaupun mcm mna keadaan kita tngjawab tak blh diabaikan..
wah bermotivasi lak aku nih..
heheheh..
okey apa pun selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..
kalo ada salah dan silap aku mohon seribu kemaafan..
yer lah setiap manusia ada buat salah kan..
so aku pun tak terlepas lah..
insyallah nnti bertemu lagi..

Monday, August 24, 2009

salam ramadhan sume...

Alhamdulillah..
sampai juga bulan Ramadhan..
bulan penuh keberkatan..hri ni bru masuk hari ke-3 kita berpuasa...
rs kejap ja dah 3 hari..masa cepat kan berlalu..
tp aku rs mcm muda ja lagi..hehehe..
tp matang tuh memang lah..muka ja mcm muda..hehhee...
ops..tak boleh ketawa banyak-banyak nanti ilang fadhilah posa aku..
awal bulan puasa aku sempat berbuka puasa dengan mak ayah..
memang dah jadi adat mesti balik sambut puasa ngan keluarga..
abang aku juga balik kampung ambil fadhilat bulan puasa dengan mak dan ayah..
rasa seronok makan sama-sama, borak-borak pasal isu semasa ngan keluarga...
dan masa terus berlalu..

Kini,
aku dah balik ke kampus..
puasa dengan kawan-kawan ja..
sahur aku tak lah makan nasi..
nak masak dah tak boleh..
just minum oat susu ngan kurma ja..
tuh pun dah cukup..
alhamdulillah...kan..

Hari ni kelas macam biasa..
tp frust sikit..
kelas abis pukul 4.30 ingat nk gi beli supplement,
tp kedai tutup lak,
keluar beli dekat luar, tak ada lak,
aduh...memang kena uji betul hari nih..
nk mengeluh banyak-banyak tak boleh kan bulan posa..
tak baik kan..n lagi satu kawan aku ada pesan..
"sha..tak baik mengeluh"...."sha...malas tak ada ubat"
em...kira betul lah tuh apa ckp kawan aku tuh..
apa-apa pun SELAMAT BERPUASA pada sume rakan-rakan..
semoga kita semua akan mendapat berkat puasa pada tahun ini..
Amin..

Thursday, June 4, 2009

Baru...



abg aku akhirnya selamat diijabjabulkan n majlis kenduri dkt umah aku alhamdullilah berjalan dengan sempurna...

walaupun penat sgt sbb aku kan tak ada abg n kakak lain...tuh la abg aku sorang..
so aku lah kna jd pembantu khusus utk mak ayah aku..kena sambut saudara dtg kalo mak ayah aku sibuk...
blh dikatakan mmg sibuk..sampai nk makan pun tak sempat bila tgk cikgu aku dtg dah nk balik....tp yang pelik tak kurus2 pun..heheheh..still gak mcm biasa..
tp yang tak best sgt sbb kawan2 aku tak dpt dtg...sume masih dkt kampus..
tp disitu aku telah belajar sesuatu baru, aku belajar erti pengorbanan, silaturahim, dan bru ku tahu membina sebuah kehidupan yang baru bukan mudah seperti disangkakan...semoga abgku dapat membina bahteranya dengan baik...insyaallah..

Monday, February 9, 2009

Buat Renungan Semua..termasuk diriku..

Sebagai remaja..kita kadang2 lupa akan diri kita yang sentiasa dikejar dan diburu oleh pelbagai anasir. Kata2 dibawah ini adalah salah satu artikel yg diambil oleh seorang teman...mungkin boleh dibuat renungan bersama dan juga kepadaku:


NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas. Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.
Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya:
"Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu.
Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.
Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang). Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.
Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.
Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:


- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.


- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.


- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?


- Wanita tidak bermaruah. Nafsu boleh rosak kerana wanita spt ini. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan mereka.


- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.


- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:


- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.


- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.


- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.


- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).


- Banyak bersedekah.


-Berkawan dengan orang miskin.Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

Saturday, January 31, 2009

Dah Balik Semula...

Hari Jumaat aku dah kena blik kampus..memang rasa berat hati nk balik..tapi bila fikirkan banyak keja nak kena sattlekan..aku gagahkan juga diri balik awal...
nk buat macam mana kan..dah nama pun "student" kena la insaf-insaf diri tak boleh nk happy-happy sangat...

balik kampung memang rasa tenang sangat..jumpa kawan-kawan...pergi pasar pagi...beli petai..hehehe..buat sambal tumis petai..
huh..memang sedap..lagi-lagi mak yang masakkan..memamg bertambah la nasi...
aku suka sangat bila balik kg..hilang rasa stress..tengok sawah yang dah menguning..padi dah masak la tuh makna nya..hah..lepas tuh terus kena gondol..yer lah padi dah tuai..so sebab tuh dah gondol...hehehehe...

Tapi bila nak balik nih yang tak seronok sikit..adik mula buat muka sedih..lain macam ja aku rasa...rasa lagi berat la hati nak balik kampus nih...
bila aku bawa bag masuk keta..adik dah mula nangis..aku gagah diri gak la gi cium pipi adik..kalau nak ikut hati nak juga aku nangis..sedih tengok adik aku kena tinggal...
huhuh....

hidup aku dah kembali seperti biasa..sebagai "STUDENT"

Tuesday, January 20, 2009

nk balik kg...windu sgt2 kg..

Hari jumaat nih aku nk balik kg..
hai hati dah tak ada dekat cini dah..
ingat nk balik ja..
rasa otak nih dah berserabut....sume keja nk kena buat..due date tugasan lak dah dekat nk hantar tugasan...
nk balik cari ketenangan cikit..
tengok padi yang menghijau..
wah....memang cantik...